
Demi kelainan dan ‘pengikut’, bintang media sosial sanggup melakukan apa saja sehingga ada yang terkorban nyawa.
Begitu juga halnya dengan seorang penyanyi rap dari Mexico dikenali sebagai Dan Sur yang memuat naik beberapa perkongsian gaya terbaru dirinya di akaun Instagram sehingga ramai yang ternganga.
Dalam video ringkas itu, Dan Sur dilihat menggoyang-goyangkan juntaian rantai emas di kepala yang seolah-olah rambut.
Bukan itu saja, malah pemuda berusia 23 tahun itu sanggup melakukan pembedahan untuk menanam setiap rantai emas tersebut di kulit kepala dengan alasan untuk ‘mencari kelainan’, katanya kepada Metro.
Difahamkan dia melakukan pembedahan itu pada April lalu dan sejak itu, perkongsian di Instagramnya sering memaparkan imej dan video dia menggayakan ‘rambut emas’ tersebut kepada pengikutnya.
Dia turut berkongsi video rambut hebatnya itu sambil menikmati pizza.
“Sebenarnya saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza kerana saya lihat semua orang mewarnakan rambut.
Saya harap tidak ada siapapun yang dapat meniru gaya ini,” kata Dan lagi seperti dilaporkan Metro.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]