
Seindah nama puteri kesayangan Nabi Muhammad saw, Fattah dan Fazura menamakan puteri kesayangan mereka dengan nama Nur Fatima Aisya. Genap seminggu, kiriman agung ini dilahirkan kedua ibu bapanya mendedahkan nama puteri sulungnya di Instagram.
Cukup istimewa, Nur Fatima Aisya yang lahir pada 2 Oktober, Jumaat lalu ternyata sihat dalam dakapan Fazura.
“Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatimah dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy dan Mommy kata Fatimah masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatimah tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties dan Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!,”
Entri ini dikongsi pasangan artis popular ini menerusi kemas kini di laman Instagram fattzuralovelife. Sebuah rakaman video turut sama dimuat naik memaparkan Fazura sedang membelai puterinya.
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet memuji nama bayi tersebut selain mendoakan kesihatannya.
Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]