
Jangan tidak tahu, di sebalik sikap ayu dan lembutnya, penyanyi Wany Hasrita juga memiliki kemahiran agak ‘rare’ bagi seorang wanita.
Berdasarkan perkongsiannya di akaun Twitter baru-baru ini, dia sempat menunjukkan kemahirannya memandu lori menggunakan gear manual untuk tatapan peminat di media sosial.
Penyanyi berusia 29 tahun itu dikatakan begitu aktif melayan peminatnya di media sosial dan sering memuat naik pelbagai aktivitinya di situ.
Ia juga memberi peluang kepada peminat setianya untuk berinteraksi dengan lebih dekat sambil mengikuti perkembangannya dalam bidang nyanyian.
Rata-rata peminatnya memberi pelbagai reaksi terhadap hantaran yang dimuat naik itu, tidak kurang juga ada yang kagum dengan kebolehannya itu.
Dia juga sempat berseloroh apabila penyanyi lagu Belenggu Rindu itu menulis kapsyen bersama video pendeknya meminta orang ramai supaya mengundinya.
“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle (uruskan), inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” tulis Wany Hasrita secara ringkas.
Ini kerana raut wajahnya dikatakan agak mirip dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari iaitu Young Syefura Othman atau lebih mesra disapa YB Rara.
Video berdurasi lima saat itu sehingga kini mendapat 447,000 tontonan dan mendapat sebanyak 3,000 tanda suka.
“Perempuan yang bawa manual ni sangat rare ye..lori pulak,” tulis seorang netizen.
“Wahh pandai bawa lori. Terbaiklah @wanyhasrita rasa tercabar sangat bila tengok orang perempuan pandai bawa lori,” tulis seorang lagi netizen.
Pada masa sama, ada juga netizen yang mempersoalkan sama ada dia memiliki lesen atau sebaliknya untuk mengelakkan sebarang masalah.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]