Nampak layu, tanaman anda mungkin terlebih air

Nampak layu, tanaman anda mungkin terlebih air

Tanaman bukan hanya boleh layu dan mati apabila kekurangan air, tetapi ia juga boleh mati jika terlebih air apabila disiram.

Setiap tanaman memerlukan jumlah air yang berbeza. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Selain mendapatkan cahaya matahari yang cukup, menyiram tanaman juga amat penting untuk mendapatkan pokok yang subur dan sihat.

Air membuat tanaman tidak kering dan membantu akar untuk menyerap nutrisi yang ada pada tanah.

Setiap tanaman memerlukan jumlah air yang berbeza. Contoh: tanaman kaktus memerlukan air yang sedikit dibandingan dengan tanaman lain.

Inilah sebabnya, dalam merawat tanaman, salah satu perkara yang perlu diperhatikan adalah kadar air yang digunakan untuk menyiramnya.

Tanaman bukan hanya boleh layu dan mati apabila kekurangan air, tetapi ia juga boleh mati jika terlebih air apabila disiram.

Ada lima tanda yang boleh dilihat ketika tanaman mengalami air yang berlebihan iaitu:

1. Tanah terasa basah apabila disentuh

Sebelum menyiram tanaman, periksalah kelembapan tanah terlebih dahulu. Caranya adalah dengan memeriksa tanah sekitar lima sentimeter atau lebih di bawah permukaan.

Jika tanah terasa lembap dari terakhir kali tanaman disiram, maka ia adalah tanda tanah mendapatkan terlalu banyak air.

Untuk mengatasinya, pastikan pasu yang digunakan memiliki lubang di bahagian bawahnya.

2. Daun kelihatan kuning

Tanda lain yang menunjukkan tanaman mengalami kelebihan air boleh dilihat dari daunnya. Tanaman yang berlebihan air akan memiliki daun yang berwarna kekuningan.

Namun, daun yang menguning juga boleh menjadi tanda tanaman tersebut kekurangan air. Oleh itu, untuk mengetahui apakah tanaman anda lebih atau kurang air, anda perlu memeriksa tingkat kelembapan tanah.

3. Batang terasa lembut dan licin

Bukan hanya dari daun dan kelembapan tanah, tanaman yang mengalami lebihan air atau overwatering juga boleh diketahui dari batangnya.

Salah satu jenis tanaman yang boleh diperiksa dengan cara ini adalah tanaman jenis alocasia.

Batang tanaman yang terasa lembut dan licin akan menjadi tanda tanaman tersebut mengalami lebihan air kerana batangnya mempunyai kelembapan yang terlalu banyak.

Akibatnya, batang tanaman mulai mengembang serta hilang subur.

4. Daun berbintik cokelat

Sekiranya anda melihat daun berwarna kekuningan dan memiliki bintik-bintik pada tepi dan di tengah daunnya, maka bermakna ia terlebih air.

Jika daun berwarna cokelat atau gelap adalah tanda tanaman kekurangan air.

5. Tanah menarik hama

Tanda lain tanaman mengalami lebihan air ialah dengan terdapat hama pada tanah kerana hama menyukai tanah yang lembap.

Selain itu, akar juga akan kelihatan gelap dengan tekstur yang lembik apabila dipegang.

Tanah pada tanaman juga akan mengeluarkan bau yang masam, ini kerana bakteria yang menyukai air akan terbentuk di sekitar tanah yang lembap.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.