Idea berkebun untuk pangsapuri kecil

Idea berkebun untuk pangsapuri kecil

Duduk di pangsapuri bukan alasan untuk tidak dapat merealisasikan hobi berkebun kerana terdapat banyak idea tanaman yang boleh dilakukan untuk menikmati kebun anda sendiri.

Hobi menanam pokok boleh dilakukan walaupun di ruang yang kecil. (Gambar Rawpixel)

Sesetengah orang berpendapat duduk di pangsapuri kecil pasti mempunyai masalah untuk merealisasikan hobi berkebun. Ruang yang kecil dan tidak mempunyai halaman akan melenyapkan impian mereka.

Jika dilihat secara logiknya memang sukar tetapi sebenarnya terdapat banyak idea untuk menikmati kebun anda sendiri tanpa mengira saiz pangsapuri.

Berikut adalah beberapa idea yang mungkin boleh dicuba dan pasti membuatkan anda tersenyum.

1. Penanaman secara menegak

Kaedah penanaman menegak dapat menjimatkan ruang. (Gambar Pixabay)

Kaedah terbaik untuk menjimatkan ruang adalah dengan menanam secara menegak. Anda boleh melakukannya dengan memasang bekas menegak di sisi pangsapuri atau balkoni kecil anda.

Anda boleh mula menanam herba di dalam bekas, atau juga boleh mencuba menanam lobak, “bit swiss chard”, lobak, dan juga selada.

Beberapa tanaman memerlukan lebih banyak cahaya matahari, jadi lebih baik mencelupkan akarnya dengan sedikit ‘hormon akar’ sebelum menanam. Sangat mudah untuk mendapatkan ‘hormon akar’ di pasaran sekarang.

2. Penanaman dalam bekas empat segi

Penanaman di dalam bekas seperti ini boleh diletakkan di bahagian dapur terbuka atau balkoni. (Gambar Mel Bartholomew)

Penanaman dalam bekas empat segi juga berguna di pangsapuri kecil kerana anda akan dapat menanam pelbagai jenis tanaman di tempat yang sangat terhad. Tetapi anda perlu membina bekasnya terlebih dahulu dan mengisinya dengan tanah.

Mungkin memakan masa pada mulanya, tetapi setelah membiasakannya, anda akan mula menanam sayur-sayuran yang bersifat organik.

3. Penanaman dalam kayu palet

Tanaman dalam bekas kayu palet, kreatif dan mudah. (Gambar Apartment Therapy)

Anda juga boleh menggunakan bekas seperti kayu palet untuk menanam. Penanaman seperti ini sangat bagus kerana ia mudah dan cepat untuk dipindahkan.

Bagi memastikan bekas anda stabil, anda boleh menambah pendakap, pelapik, dan penutup pelindung di sepanjang sudut. Setelah selesai, anda boleh mula menanam sayur-sayuran dan buah-buahan yang anda mahukan.

4. Penanaman dalam rumah

Boleh juga menjadi hiasan tambahan yang menarik. (Gambar Pixabay)

Anda juga boleh menanam di dalam rumah jika ruang di luar tidak mencukupi. Tetapi jika bahagian dalam pangsapuri tidak mendapat cukup cahaya matahari, maka anda juga boleh menggunakan “taman cahaya matahari tiga tingkat”.

Selain itu, ia akan menjadi hiasan rumah tambahan yang menarik.

5. Penanaman “Windowsill”

Kaedah ini menarik jika menanam tanaman herba atau sayuran rendang. (Gambar Pixabay)

Anda hanya perlu mendapatkan pasu asas yang sesuai diletakkan pada ambang tingkap. Mulakan dengan menanam daun sadri, daun bawang atau sayuran. Ini akan memudahkan anda untuk menuainya apabila ingin memasak.

Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com

Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.