Kamala Harris, dengan hobi kumpul kasut Converse

Kamala Harris, dengan hobi kumpul kasut Converse

Kamala Harris mempunyai hobi mengumpul sneakers jenama Converse dan dia sering kelihatan dengan sneaker kesayangannya, Converse Chuck Taylor All-Star.

Kamala Harris sering memakai kasut Converse Chuck Taylor All-Star. (Gambar Instagram)

Sneakers adalah kasut yang mudah disarung untuk acara santai. Jarang orang memakainya untuk acara rasmi tetapi tidak mustahil bagi Naib Presiden AS, Kamala Harris yang juga pencinta kasut Converse.

Kamala Harris mempunyai hobi mengumpul sneakers jenama Converse dan dia sering kelihatan dengan sneaker kesayangannya, Converse Chuck Taylor All-Star.

Dalam tiga bulan terakhir, Kemala dilihat memakai Chuck Taylor All-Star apabila berada di Orlando dan menghadiri acara di Las Vegas.

Sneaker tersebut juga menemaninya apabila berjalan-jalan di kota Salt Lake City.

“Chuck Taylors sedang menjadi tren dan sneakers ini merupakan kasut pilihan Kamala,” kata kakaknya Maya Harris.

Rupanya, sneaker klasik seperti Converse merupakan barangan wajib yang dimiliki Kamala sejak sekian lama.

“Saya punya seluruh koleksi Chuck Taylor,” ujar Kamala kepada The Cut pada tahun 2018.

“Satu berbahan kulit hitam, sepasang berwarna putih, satu sepatu tanpa tali, satu menggunakan tali, sepatu yang saya kenakan semasa cuaca panas dan cuaca dingin, dan jenis sepatu yang sepadan ketika saya memakai seluar panjang.”

Menurut The Washington Post, dia juga memiliki sepasang sneakers Converse Chuck Taylor yang belum sempat dipakai.

Apabila tidak berkempen, Kamala sempat mengunjungi sebuah ladang di New Hampshire, di mana kondisi kawasannya terlalu berlumpur sehingga sukar untuk bergerak apabila memakai kasut tinggi.

Waktu itu, Kamala sedar bahawa dia lupa membawa sepasang Converse Chuck Taylornya. Akhirnya, seorang kakitangan meminjamkan sneakers Converse untuk dipakai Kamala selama berada di ladang tersebut.

Sewaktu temubual dengan The Hollywood Reporter, suami Kamala, Douglass Emhoff berkata bahawa isterinya mengenakan Chuck Taylors waktu pertama kali bertemu dengan anak-anak Emhoff, Cole dan Ella.

“Kamala Harris yang saya kenal memakai Chuck dan jeans,” tulis Emhoff dalam sebuah tweet.

“Dan sekarang kalian semua juga tahu!”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.