Teknologi bata ‘terapung’, kotak pasir – Kejuruteraan disebalik kuil Telangana Unesco

Teknologi bata ‘terapung’, kotak pasir – Kejuruteraan disebalik kuil Telangana Unesco

Kuil yang dibangun hampir 800 tahun lalu itu cukup untuk membuat barisan pakar yang mengkajinya terpesona.

Kuil Kakatiya Rudreswara, juga dikenali sebagai kuil Ramappa, di daerah Mulugu di Telangana. (Gambar Facebook)

Kuil Kakatiya Rudreswara yang juga dikenali sebagai Kuil Ramappa adalah satu senibina yang cukup kaya dengan kehalusan karya seni di sebaliknya.

Sehingga kini, kuil yang dibangun hampir 800 tahun, iaitu pada kurun ke-13 itu, cukup untuk membuatkan barisan pakar yang mengkajinya terpesona.

Minggu lalu, kuil yang terletak di Palampet, Telangana itu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Unesco, menjadikannya sebagai lokasi ke-39 di India menerima pengiktirafan itu.

Menurut Unesco, sesebuah lokasi itu perlu memenuhi sekurang-kurangnya satu dari 10 kriteria yang ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

Ini termasuk hasil karya yang menzahirkan nilai kreatif yang genius, serta mempunyai nilai kemanusiaan yang merentasi zaman atau budaya di lokasi tersebut.

Menurut seorang profesor dari Tabung Amanah Warisan dan Budaya Kakatiya, Pandu Ranga Rao, “batu terapung” yang digunakan untuk membina bahagian bumbung kuil tersebut telah memberi nilai tersendiri kepada pembinaan kuil tersebut.

“Batu itu sangat ringan sehingga membolehkan ianya terapung di atas permukaan air,” ujar Rao yang juga merupakan seorang pesara dari Institut Teknologi Kebangsaan di Warangal.

Ia sekaligus menjadikan kuil tersebut sebagai satu-satunya monumen di India yang mempunyai seni bina yang sedemikian rupa.

“Satu elemen yang diterapkan dalam pembinaan kuil ini adalah dari aspek geoteknikal, iaitu dengan menggunakan teknologi kotak pasir,” jelas Rao lagi.

Penggunaan teknologi kotak pasir sebagai asas binaan menjadikan kuil ini mampu bertahan dengan gelombang seismic yang tercetus akibat gempa bumi.

Buktinya, kuil ini masih untuk berdiri dan mampu bertahan selepas gempa bumi yang melanda kawasan tersebut pada kurun ke-17 dan 18 , di mana bangunan serta rumah lain yang berada di situ ranap sepenuhnya akibat bencana itu.

Pengiktirafan itu diharap akan meningkatkan sektor pelancongan di kawasan berkenaan.Sebelum Pandemik , dianggarkan sehingga 1000-4000 orang berkunjung ke kuil tersebut setiap minggu.

Salah satu tarikan kuil ini adalah pada bahagian tiangnya yang diukir dengan 204 rangkap tulisan Telugu dan Kannada yang menceritakan sejarah di sebalik pembinaan kuil ini serta pemerintahan pada ketika itu.

Dengan pengiktirafan ini , jumlah pengunjung sama ada pelancong tempatan mahupun asing dijangka meningkat sehingga 8 kali ganda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.