Sakit leher, jangan pandang ringan

Sakit leher, jangan pandang ringan

Sakit leher tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh menjadi serius jika sakit berlarutan.

Rasa tegang dan sakit pada leher apabila bangun dari tidur amatlah menjengkelkan. (Gambar Rawpixel)

Sakit leher sering terjadi kepada kebanyakan kita. Selalunya penyebab sakit leher adalah kerana pergerakan tubuh namun terdapat banyak penyebab lain yang berkait. Walaupun ianya tidak serius tetapi sakit ini tidak harus dipandang ringan.

Sekiranya anda mengalami sakit leher yang berlanjutan selama lebih dari seminggu, berjumlah dengan doktor untuk mendapat nasihat dan rawatan.

Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab sakit leher yang perlu diawasi:

1. Ketegangan otot

Ketegangan otot leher biasanya disebabkan oleh aktiviti berikut:

  • Cara pergerakan postur tubuh
  • Bekerja di meja terlalu lama tanpa mengubah posisi
  • Tidur dengan posisi leher yang tidak selesa
  • Sentakan kuat pada leher semasa bersukan

2. Cedera

Leher mudah terdedah kepada kecederaan terutama apabila terjatuh dan bersukan, di mana otot dan ligamen leher dipaksa untuk bergerak di luar jangkauan normalnya.

Jika tulang leher (vertebra serviks) retak, sumsum tulang belakang juga boleh rosak. Kecederaan leher akibat sentakan kepala secara tiba-tiba biasanya disebut “whiplash”.

3. Serangan jantung

Sakit leher juga boleh menjadi gejala serangan jantung dan akan muncul dengan gejala lain seperti:

  • Sesak nafas
  • Berpeluh
  • Mual
  • Muntah
  • Sakit pada lengan atau rahang

Jika leher anda sakit dan terdapat gejala berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

4. Meningitis

Meningitis adalah radang pada jaringan tipis yang mengelilingi otak dan sumsum tulang belakang. Mereka yang mengalami meningitis, sering demam dan sakit kepala dengan leher yang kaku.

Meningitis boleh membawa maut, oleh itu jika anda mengalami gejala meningitis, segeralah berjumpa doktor.

5. Osteoporosis

Osteoporosis boleh melemahkan tulang dan menyebabkan patah tulang kecil. Kondisi ini sering terjadi di tangan atau lutut tetapi boleh terjadi pada leher dan menyebabkan sakit leher.

6. Osteoartritis leher

Pertambahan usia boleh menyebabkan cekera serviks merosot dan ini dikenali sebagai “spondylosis” atau osteoartritis leher. “Spondylosis” akan menyempitkan jarak antara tulang belakang sekaligus menambah tekanan pada sendi.

7. Saraf spina

Saraf spina atau “stenosis spinal” terjadi ketika tulang belakang menyempit dan menyebabkan tekanan pada sumsum tulang belakang atau akar saraf tulang belakang. Ia terjadi kerana radang jangka panjang yang disebabkan oleh artritis atau kondisi lain.

Cara mengatasi sakit leher

Jika anda mengalami sakit leher ringan, lakukan langkah-langkah sederhana berikut untuk meredakannya:

1. Letakkan ais pada leher kemudian gantikan dengan bantal pemanas atau mandi air panas.

2. Jangan lakukan sukan atau aktiviti yang memburukkan lagi gejala sakit leher atau mengangkat beban berat selama beberapa hari.

3. Buat senaman leher setiap hari misalnya dengan cara meregangkan kepala dengan gerakan dari sisi ke sisi dan ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan.

4. Bergeraklah dengan postur tubuh yang teratur.

5. Ubah posisi anda sekerap mungkin karena berdiri atau duduk dalam satu posisi terlalu lama boleh menyebabkan leher sering terasa sakit.

6. Lakukan urutan leher yang lembut.

7. Gunakan bantal leher khusus untuk tidur.

Jika cara-cara tersebut tidak dapat meredakan sakit pada leher anda, segeralah berjumpa doktor.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.