
Tidak kira lelaki atau perempuan, apabila meningkat usia banyak perubahan akan berlaku kepada kulit tubuh. Antara yang paling jelas ialah kulit tidak lagi tegang dan halus.
Paling ketara kulit pada bahagian leher akan berkedut dan menggeleber akibat penuaan. Kondisi ini dipanggil ‘turkey neck’ atau ‘leher ayam belanda’.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan efek perubahan ini, antaranya ialah melalui teknik urutan dan senaman.
Ini bertujuan membina kembali otot pada leher di samping melancarkan perjalanan darah lalu menampilkan kulit leher yang lebih tegang.
Teknik urutan dan senaman leher
- Berbaring sambil kepala anda disandarkan pada kepala atau bucu katil.
- Angkat kepala anda setinggi mungkin dengan perlahan menggunakan otot leher.
- Ulang proses ini sebanyak 5 kali setiap hari.
- Berhenti lakukan teknik ini sekiranya leher anda mengalami kesakitan atau ketidakselesaan.
Meskipun masih tiada kajian yang mengatakan teknik ini benar-benar berkesan, namun tidak salah untuk mencuba kerana tidak ada kesan sampingan lain.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]