Tenangkan minda, atasi tekanan

Tenangkan minda, atasi tekanan

Tekanan boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah dan cara terbaik menanganinya adalah dengan pengurusan kendiri.

Senaman seperti yoga dapat mengurangkan tekanan. (Gambar Rawpixel)

Tekanan, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih kronik dan punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Cara terbaik untuk menanganinya adalah dengan pengurusan kendiri.

Tekanan adalah mengenai masalah emosi, tenangkan minda dan fokus kepada sesuatu yang menyamankan.

Mari kita lihat cara menguruskan minda dan badan anda untuk mengurangkan tekanan.

1. Tulis masalah anda

Tulis tentang kebimbangan anda termasuk tentang pekerjaan, pelajaran, keluarga, rakan, atau percintaan. Anda boleh menulis tentang peristiwa yang menjadikan anda tertekan dan perasaan anda semasa mengalami setiap situasi tersebut.

Tulis juga cara anda akan mengawal tekanan itu. Ini dapat membantu anda mengatasi tekanan dengan lebih baik.

2. Jangan pendam perasaan

Luahkan masalah anda. Anda boleh menangis atau ketawa apabila anda mahu. Anda juga boleh bercakap dengan orang lain mengenai keadaan anda.

Bercakap dengan orang yang dipercayai dan dicintai dapat membantu menangani masalah. Mereka mungkin boleh memberi nasihat berguna kepada anda.

3. Pelajari beberapa kemahiran

Mempelajari beberapa kemahiran akan membuatkan anda lebih fokus kepada sesuatu yang baru dari memikirkan tentang tekanan yang anda sedang alami.

Kemahiran pengurusan masa juga adalah sesuatu yang berguna apabila menghadapi situasi yang menimbulkan tekanan.

4. Tingkatkan kekuatan emosi

Cuba kawal emosi. apabila anda dapat mengawal kebanyakan perkara dalam hidup, maka anda akan dapat melihat bahawa kurangnya masalah yang memberi tekanan.

5. Lakukan perkara anda gemari

Walaupun anda mungkin terpaksa bekerja keras dan perlu terus bekerja, masa bersantai adalah penting untuk menghindari beban kerja yang banyak. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda gemari.

6. Lakukan senaman

Senaman adalah penyelesai terbaik untuk kesihatan. Ia juga dapat membantu menenangkan tubuh serta meningkatkan metabolisme, hati dan fikiran anda.

Sekiranya anda seorang yang tidak aktif, mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan kemudian lakukan senaman yang lebih berat secara beransur-ansur.

Melakukan aktiviti harian seperti mencuci pinggan mangkuk, mencuci pakaian, atau membersihkan lantai juga merupakan idea yang baik.

Teknik-teknik lain seperti senaman pernafasan, yoga, tai chi, dan relaksasi otot boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan. Ia dapat membantu anda mengawal emosi diri dan mengurangkan kadar degupan jantung, menurunkan tekanan darah, meningkatkan penggunaan oksigen sekaligus membebaskan diri dari tekanan.

Anda juga boleh mencuba petua-petua ini:

  • Lakukan kerja-kerja rumah, seperti membersihkan rumah, memasak, atau berkebun.
  • Menulis, melukis, atau nyanyikan sebuah lagu.
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti sukarela.
  • Jangan terlalu fikirkan masa lalu atau masa depan. Hiduplah untuk saat ini.
  • Cuba lakukan meditasi.
  • Tenangkan badan anda.

Langkah-langkah yang mudah di atas dapat membantu anda dengan menguruskan tekanan. Namun, jika anda terus mengalami gejala yang teruk atau kronik, hubungi pakar kesihatan untuk rawatan yang sebaiknya.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.