Gangguan bekalan air pulih 97%

Gangguan bekalan air pulih 97%

Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem bagi memulihkan 8 lagi kawasan masih terjejas di Petaling dan Kuala Langat.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang/Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Ahad apabila LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas selepas berlaku pencemaran sumber air mentah.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 266 dari 274 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya sudah menerima bekalan air penuh dengan peratusan pemulihan pada tahap 97% hingga 6 petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Basri dalam kenyataan hari ini berkata, Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem bagi memulihkan 8 lagi kawasan masih terjejas di Petaling dan Kuala Langat.

Air Selangor menyarankan pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran komunikasi rasminya dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang/Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Ahad apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas selepas berlaku pencemaran sumber air mentah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.