
Bekas menteri kesihatan itu dalam kenyataan berkata adalah dikesali Khazanah Nasional, sebuah dana pelaburan stategik negara, membuat keputusan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada apa yang digelarnya “perniagaan yang gagal”.
Beliau juga mempersoalkan penggunaan wang pembayar cukai untuk membantu Eco World, sebuah entiti swasta, dan matlamat sebalik penggabungan itu.
“Apa yang rakyat daripada daripada eksesais korporat ini? Lebih banyak pekerjaan? Jujur saya katakan, penggabungan selalunya mengakibatkan kehilangan pekerjaan. Atau adakah ia mengenai nilai saham dan dividen yang lebih baik kepada Khazanah Berhad?
“Kami tidak faham apa yang memerlukan campurtangan seperti ini.”

Dzulkefly berkata ia bukan langkah strategik, melihat kepada lebihan hartanah semasa dan pengguna kurang berbelanja ekoran pandemik Covid-19.
Baru-baru ini, bekas timbalan menteri perubahan Raja Kamarul Bahrin bimbang membaca laporan mengatakan Eco World akan menguasai entiti tergabung itu, mengatakan urusan itu menimbulkan banyak tanda tanya.
Pemuda Umno Wilayah Persekutuan juga menggesa kerajaan menghentikan cadangan penggabungan itu.
Ia mempersoalkan bagaimana penggabungan itu akan memberi manfaat kepada Khazanah dan Kementerian Kewangan, mengatakan UEM Sunrise akan rugi berbanding Eco World dalam penggabungan itu.
UEM Sunrise, pada Isnin, terima surat cadangan daripada syarikat induk, UEM Group Bhd, mencadangkan penggabungan dengan EcoWorld.
Ia mencadangkan 2 syarikat itu bergabung menerusi pertukaran saham dan waran. Eco World kemudian akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.