
Katanya, Hajiji terus menjalankan tugas sebagai ketua menteri menerusi panggilan telefon dan sidang video.
“Saya mendoakan ketua menteri akan pulih daripada jangkitan secepat mungkin agar dapat segera kembali berkhidmat untuk rakyat Sabah.
“Saya juga menjemput seluruh rakyat untuk turut sama mendoakan bagi ketua menteri dan juga semoga Allah menyembuhkan serta menyelamatkan rakyat dan Sabah tercinta daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Hajiji disahkan positif Covid-19 dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
Ketua PPBM Sabah itu sebelum ini secara sukarela menjalani kuarantin kendiri selepas salah seorang kakitangannya didapati positif wabak itu.
Hajiji juga tidak menghadiri upacara angkat sumpah yang diadakan sebelum ini.