1,800 petugas pelbagai agensi dikerah ke Sabah pasti SOP Covid-19 dipatuhi

1,800 petugas pelbagai agensi dikerah ke Sabah pasti SOP Covid-19 dipatuhi

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 660 kes baru Covid-19 dilaporkan dengan Sabah mencatat jumlah tertinggi, iaitu 429 kes.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata, pihaknya juga menyiasat rakaman suara tular yang mendakwa rakyat Sabah menjadi punca penularan Covid-19 di Johor susulan pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.
KOTA KINABALU:
248 pasukan terdiri daripada 1,800 anggota pelbagai agensi ditugaskan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) mengekang Covid-19 dipatuhi di seluruh Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali.

Beliau berkata, antara agensi terlibat adalah tentera (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan.

Menurut beliau, sehingga kini lebih 1,800 tangkapan dibuat dan 1,454 kompaun dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan ingkar SOP mengekang Covid-19, antaranya tidak memakai pelitup muka, berkumpul beramai-ramai dan tidak melakukan penjarakan fizikal.

“Kita tidak akan berkompromi untuk membuat tangkapan atau mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan ingkar SOP (mengekang Covid-19),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 660 kes baru Covid-19 dilaporkan dengan Sabah masih mencatat jumlah tertinggi, iaitu 429 kes.

Sementara itu, Hazani berkata, polis sedang menyiasat pesanan suara yang tular di media sosial sejak 2 hari lepas, menuduh rakyat Sabah menjadi punca penularan Covid-19 di Johor susulan pilihan raya negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Beliau menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pesanan suara tersebut.

“Ia (percakapan itu) agak kasar dan tidak gambarkan budaya kita sebagai bangsa Malaysia. Tiada laporan polis dibuat, namun kami tetap akan jalankan siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.