Senarai SOP dipersetujui bagi PKPB Labuan

Senarai SOP dipersetujui bagi PKPB Labuan

Berikut antara SOP yang dipersetujui bagi PKPB Labuan yang berkuatkuasa 17-30 Oktober.

PETALING JAYA:
Kerajaan hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat akan berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan selama 14 hari bermula 17 Okt sehingga 30 Oktober.

Kawalan bersyarat dikenakan selepas mendengar pembentangan dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara Labuan hari ini berkenaan peningkatan kes Covid-19 di wilayah itu.

Berikut antara SOP yang dipersetujui bagi PKPB Labuan:

Kawalan pergerakan

• Polis bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan tentera,
Agensi Penguatkuasaan Maritim, Angkatan Pertahanan Awam, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

  • Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain.

Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

  • Bagi kenderaan yang membawa pekerja dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP.

Pergerakan keluar masuk merentas negeri tidak dibenarkan kecuali;

  • Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
  • Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas.

Pergerakan perlu mematuhi prosedur kemasukan di pintu masuk Labuan yang sedang berkuatkuasa. Pihak kerajaan juga menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah.

  • Bagi pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Labuan, individu perlu mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu.

Kawalan pergerakan air

  • Perkhidmatan pengangkutan air bagi Feri RoRo, Feri Ekspres, dan Bot Laju dibenarkan beroperasi sehingga 6 petang sahaja dengan kapasiti terhad berdasarkan penjarakan fizikal dengan pengosongan tempat duduk antara penumpang.
  • Aktiviti kapal NCS (kumpit) ke Labuan bagi tujuan “barter trade” tidak dibenarkan.
  • Perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang sahaja.
  • • Pergerakan bagi “sign-on” atau “sign-off” industri perkapalan serta minyak dan gas dibenarkan beroperasi mengikut peraturan dan SOP semasa yang sedang berkuatkuasa.
  • SOP bagi pergerakan keluar masuk anak kapal “sign-on” dan “sign-off” kekal seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Namun bagi kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, anak kapal yang melakukan “sign-off” perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.

Aktiviti ekonomi

  • Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti biasa dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
  • Pasar raya, pusat beli-belah dan kedai runcit dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan.
  • Restoran, kedai atau gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
  • Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau bawa pulang (takeaway) sahaja.

Bagaimanapun makan di premis makanan (dine-in) dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

  • Operasi pasar harian antara 6 pagi hingga 4 petang.
  • Operasi pasar tani antara 6 pagi hingga 12 tengah hari dengan pematuhan SOP yang ditetapkan dan pengawasan anggota RELA.
  • Waktu operasi stesen minyak antara 6 pagi hingga 100 malam.
  • Pengangkutan awam, perkhidmatan teksi atau e-panggilan dengan maksimum hanya 2 orang penumpang, dibenarkan beroperasi, dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 tengah malam.

Aplikasi MySejahtera

  • Pengusaha/operator premis perlu memastikan pekerja, pembekal, dan pelanggan merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Perubatan dan kesihatan

  • Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
  • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8 pagi hingga 10 malam.

Sektor ekonomi dan industri

  • Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.
  • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

Sektor perikanan, perladangan, dan pertanian

  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

Aktiviti sektor pembinaan

  • Aktiviti sektor pembinaan dibenarkan operasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang dengan syarat pekerja disaring disahkan bebas Covid-19.

Aktiviti keagamaan

  • Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan, mendirikan solat jemaah 5 waktu dan solat Jumaat.

Bagaimanapun, bagi menentukan jumlah Jemaah bagi solat 5 waktu dan solat Jumaat cadangan ini akan dibawa kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dipersembahkan kepada Agong untuk mendapat perkenan.

  • Manakala bagi rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

Aktiviti hiburan dan budaya

  • Aktiviti hiburan dan budaya tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan seperti kelab malam atau pub, taman permainan “indoor” dan panggung wayang tidak dibenarkan.

Aktiviti sukan dan rekreasi

  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti e-sukan, berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing dan lain-lain yang dilakukan di kawasan terbuka dibenarkan.
  • Aktiviti di kawasan tertutup (indoor), berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal atau sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan atau pertandingan tidak dibenarkan.
  • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri tidak dibenarkan.

Pendidikan

  • Institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak–kanak ditutup dalam tempoh ini.
  • Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

Seminar/bengkel/persidangan

  • Seminar atau bengkel atau kursus atau latihan atau persidangan atau ceramah dan aktiviti berkaitan dengan “Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions” (MICE) tidak dibenarkan.

Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan institusi latihan sahaja.

Mesyuarat

  • Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka tidak digalakkan.

Penganjuran majlis keramaian

  • Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial tidak dibenarkan.

Aktiviti pelancongan

  • Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB tidak dibenarkan.

(Sumber: Kenyataan media Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.