Masa sidang Dewan Rakyat dipendekan selepas kakitangan positif Covid-19

Masa sidang Dewan Rakyat dipendekan selepas kakitangan positif Covid-19

Dalam pertemuan YDP Azhar Azizan Harun dengan ketua-ketua whip pagi tadi, semua bersetuju sidang Dewan Rakyat hari ini tamat pada 1 tengah hari.

Pemendekan masa persidangan dipersetujui oleh semua ketua whip dalam pertemuan dengan YDP Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sidang Dewan Rakyat hari ini dipendekkan dan akan tamat pada 1 tengah hari ini selepas kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan.

Pemendekan masa persidangan itu dipersetujui oleh semua ketua whip dalam pertemuan dengan YDP Azhar Azizan Harun pagi tadi.

“Majlis mesyuarat akan disambung semula pada 10 pagi esok,” katanya di Dewan Rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.