
Daripada jumlah tersebut, 1,040 kes merupakan penularan tempatan, dengan 7 kes merupakan pengunjung pulang dari Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melaporkan Sabah terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan 678 kes, diikuti Selangor (124), dan Labuan (81).
Negeri Sembilan melaporkan 71 kes, diikuti Pulau Pinang (35), Sarawak (21), Kedah (12), Kuala Lumpur (10), Putrajaya (3), Perak (2), Johor (1), Melaka (1), dan Terengganu (1).
Ketika ini, sebanyak 10,135 kes sedang dirawat, dengan 94 kes positif di unit rawatan rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 12 kematian dilaporkan hari ini di mana semuanya di Sabah.
Sementara itu, KKM mengumumkan 875 kes mangsa pulih, dengan tertinggi di Sabah (549), diikuti Selangor (149), dan Pulau Pinang (110).
Berdasarkan laporan hari ini, 3 negeri tidak merekodkan kes baharu iaitu, Pahang, Kelantan, dan Perlis.