Tak perlu PKPD di kawasan Kluster Tapak Bina Damanlela

Tak perlu PKPD di kawasan Kluster Tapak Bina Damanlela

Tiada keperluan untuk mengetatkan kawalan kerana tindakan telah diambil, dengan kumpulan positif dirawat dan kumpulan negatif dikuarantin.

KUALA LUMPUR:
Tiada keperluan untuk mengetatkan kawalan di kawasan yang mencetuskan Kluster Tapak Bina Damanlela di Pusat Bandar Damansara, memandangkan tindakan telah diambil pihak berkuasa.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan memutuskan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) tidak perlu bagi kawasan tersebut, memandangkan saringan sudah dibuat, dengan kumpulan positif dihantar untuk rawatan dan kumpulan negatif dikuarantin.

“Walaupun tak ada PKPD, bila tapak binaan ada kes ia akan ditutup jadi 2 tapak ditutup melibatkan Fasa II dan III,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau melaporkan setakat hari ini sebanyak 3,070 saringan dibuat ke atas pekerja di situ.

Dalam perkembagan lain, kerajaan juga tidak bercadang untuk melaksanakan PKPD di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan, mengatakan kawalan ketat hanya dilaksana di kawasan lebih khusus yang merekodkan kes tinggi.

“Tiada perancangan menutup seluruh Wilayah Persekutuan dan Selangor sebab kita boleh lakukan secara bersasar,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.