
Empat kluster itu adalah Kluster Bintang melibatkan daerah Lembah Pantai; Kluster Indah Mas melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur, serta Petaling di Selangor; Kluster Teja Kasih melibatkan daerah Kampar dan Kinta di Perak; dan Kluster Kobena membabitkan daerah Johor Bahru.
Bagi Kluster Bintang, ia melibatkan pekerja di sebuah tapak pembinaan dan sehingga 23 Nov, 608 individu disaring, di mana 95 kes dikesan positif.
“Daripada jumlah yang positif setakat ini, 94 melibatkan bukan warga negara dan 1 warga negara,” katanya pada sidang media hari ini.
Kluster Indah Mas pula sehingga 23 Nov, sejumlah 41 individu disaring di mana 10 kes dikesan positif.
Sementara itu, Kluster Teja Kasih sehingga hari ini 130 individu disaring, di mana 41 kes dikesan positif.
“Bagi Kluster Kobena pula sejumlah 111 individu disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif,” katanya.