12 kluster dikesan daripada aktiviti sosial, rentas negeri

12 kluster dikesan daripada aktiviti sosial, rentas negeri

KKM mengesan kluster berkenaan bermula 7 Dis lalu.

Kluster disebabkan aktiviti rentas negeri adalah Intan, Semambu dan Tembok Mempaga yang dikesan di Pahang, kluster Seragam Chepa di Kelantan, dan kluster Ihsan Ebol di Perak. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 12 kluster disebabkan aktiviti sosial dan rentas negeri bermula 7 Dis lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster disebabkan aktiviti rentas negeri adalah Intan, Semambu dan Tembok Mempaga yang dikesan di Pahang, kluster Seragam Chepa di Kelantan, dan kluster Ihsan Ebol di Perak.

Sementara itu, kluster yang berpunca daripada aktiviti sosial adalah Gerbang Pongu di Perak, Lintas Seraya dan Kupi-Kupi di Sabah, Sungai Redan di Johor, kluster Cassia Diamond membabitkan Selangor dan Pulau Pinang, Sungai Burong di Selangor dan Negeri Sembilan, dan Bandar Impian di Johor, Kelantan dan Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.