Ketua UMNO Kelantan letak jawatan pengerusi lembaga sawit selepas kata dua kepada kerajaan

Ketua UMNO Kelantan letak jawatan pengerusi lembaga sawit selepas kata dua kepada kerajaan

Terdahulu, Ahmad Jazlan Yaakub 'mengancam' melepaskan jawatan sekiranya kerajaan PN tidak meminta perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.

PETALING JAYA: Ketua UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, menyerahkan surat peletakan jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), menyusuli kata duanya kepada kerajaan hari ini.

“Berkuatkuasa mulai 6 Jan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Jazlan ‘mengancam’ melepaskan jawatannya sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Katanya, jawatan pengerusi MPOB adalah “kuota” bagi Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN.

Jazlan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada kerajaan PN, sambil mengumumkan beliau tidak sedia bekerjasama dengannya.

Surat peletakan jawatan Jazlan diserahkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali pada 4 petang tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.