Dalang sindiket pemerdagangan manusia diberkas di Sarawak

Dalang sindiket pemerdagangan manusia diberkas di Sarawak

Selain lelaki warga Indonesia tersebut, empat rakyat tempatan dan 17 pendatang tanpa izin, termasuk seorang kanak-kanak lelaki turut ditahan.

Langkah mengisytiharkan penjenayah warga asing sebagai persona non grata merupakan antara cara berkesan bagi mengekang kegiatan jenayah terutama sindiket Macau Scam.
KUCHING:
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki dalang utama satu sindiket pemerdagangan manusia yang aktif menyeludup pendatang asing masuk ke Sarawak di sini.

Komander Briged PGA Sarawak SAC Mancha Ata berkata lelaki itu diberkas dalam Ops Benteng kira-kira 1 tengah hari Ahad lalu oleh satu pasukan petugas dari Ibu Pejabat PGA Sarawak, di pekarangan sebuah hotel di kawasan Batu Tiga di sini.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata empat rakyat tempatan dan 17 pendatang tanpa izin, termasuk seorang kanak-kanak lelaki turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, pasukan petugas menerima maklumat berhubung pergerakan tiga kenderaan dari Biawak berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di daerah Lundu ke arah bandar raya ini, dan hotel berkenaan dipercayai digunakan sebagai transit untuk menghantar pendatang asing yang masuk ke dalam negara secara haram ke bandar Sibu, Tatau dan Bintulu di utara negeri.

“Sindiket ini melibatkan satu kumpulan tempatan dikenal pasti sebagai Geng Adi Tailo yang mempunyai rangkaian dengan kumpulan Feri Yeni di (Kalimantan) Indonesia yang aktif menjalankan kegiatan menyeludup pendatang asing masuk ke Sarawak,” katanya.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dekat sini untuk siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.