
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar hospital hari ini.
Presiden STAR itu dirawat di Hospital Queen Elizabeth sejak 4 Jan lalu, selepas disahkan positif sehari sebelum itu.
Turut dibenarkan keluar hospital ialah isterinya, Cecilia Kitingan. Pasangan itu meninggalkan hospital kira-kira 1 tengah hari tadi.