Kerajaan laksana PKPD di dua lokaliti masing di Perak dan Sarawak

Kerajaan laksana PKPD di dua lokaliti masing di Perak dan Sarawak

Perlaksanaan PKPD di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak dan Kampung Sebako 1 dan 2, Lundu, Sarawak susulan berlaku penularan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

PETALING JAYA:Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti masing-masing satu di Perak dan Sarawak

Menteri Kanan (Keselamatan),Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak dan Kampung Sebako 1 dan 2, Lundu, Sarawak bermula esok sehingga 19 Feb susulan berlaku penularan kes Covid-19.

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan situasi kes Covid-19 di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Sehingga 2 Feb. KKM telah melaksanakan 81 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 24 kes positif Covid-19 telah direkodkan serta baki dua sampel masih menunggu keputusan.

“Sementara di Kampung Sebako 1 dan 2, Lundu, Sarawak.Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 790 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 31 kes positif telah direkodkan,” katanya,

Dalam perkembangan sama, Ismail turut mengumumkan kerajaan melanjutkan PKPD di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat, Sarawak sehingga 16 Feb.

“Sehingga 3 Feb, sebanyak 21 kes positif Covid-19 telah direkodkan dan KKM mengesahkan masih terdapat sejumlah 2,021 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” katanya.

Sementara itu, polis semalam menahan 747 individu kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 723 dikompaun manakala 24 individu direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (159), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (113), tiada penjarakan fizikal (140), gagal menyediakan peralatan, merekod diri, pelanggan (156), premis beroperasi lebih masa,tanpa kebenaran (50), keluar rumah tanpa alasan munasabah (41) dan lain-lain (88),” katanya.

Menerusi Ops Benteng, pihak berkuasa memberkas tiga pendatang tanpa izin dan merampas sebuah bot serta lima buah kenderaan darat.

Pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pula melakukan 1,873 pemeriksaan khas pematuhan SOP.

Daripada jumlah itu, 1,834 premis mematuhi SOP, 17 diberi nasihat, tujuh diberi amaran manakala 15 lagi premis dikompaun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.