Larangan pergerakan dalam 10km bagi kawasan PKP, PKPP dan PKPB batal

Larangan pergerakan dalam 10km bagi kawasan PKP, PKPP dan PKPB batal

Larangan itu tidak relevan lagi disebabkan banyak aktiviti perniagaan dan restoran dibenarkan.

Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan memutuskan untuk membatalkan arahan larangan pergerakan dalam 10km bagi semua kawasan bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP bersyarat (PKPB), dan PKP pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata larangan itu tidak relevan lagi disebabkan banyak aktiviti perniagaan dan restoran dibenarkan.

Bagaimanapun, larangan merentas negeri dan daerah bagi semua negeri masih dikekalkan.

“Kita akan umum bila longgarkannya,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Kompleks Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan, Bentong Pahang; Felda Lasah dan Kg Besi Api, Kuala Kangsar, Perak; dan Felda Tersat, Kuala Berang, Kuala Terengganu; Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Terengganu ditamatkan.

Manakala PKPD dikenakan di Kampung Sungai Maong, Bahagian Kuching, Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.