
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kluster baru itu membabitkan tempat kerja.
Katanya, empat kluster baru itu dikesan di Johor, tiga di Selangor serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
• Kluster Jalan Timah Tiga (Johor Bahru) dengan 31 kes
• Kluster Jalan Tanjung Empat (Johor Bahru) dengan 28 kes
• Kluster Jalan Desa Tropika (Johor Bahru) dengan 10 kes
• Kluster Batu Empat (Batu Pahat) dengan 8 kes
• Kluster Perusahaan Jalan Bukit (Hulu Langat) dengan 262 kes
• Kluster Industri Waja (Kuala Langat) dengan 45 kes
• Kluster Jalan Selisik (Petaling dan Kuala Selangor) dengan 17 kes
• Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (Kepong) dengan 181 kes.
• Kluster Jalan Sungai Baong (Seberang Perai Selatan) dengan 40 kes.

Hisham berkata, sebanyak 1,138 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 491 kluster aktif dan 89 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Tiga kluster tamat hari ini, iaitu Jalan Rami Tiga, Lingkaran Maluri dan Sri Plentong, yang menjadikan keseluruhan 647 kluster sudah berakhir.
“Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi hari ini adalah Perusahaan Jalan Bukit (262 kes), Tapak Bina Bukit Kiara (180 kes) dan Jalan Tasek Avenue (166 kes),” katanya dalam kenyataan.