
Dr Adeeba Kamarulzaman yang mempersoalkan perkara itu di Twitter berkata, golongan itu lazimnya yang pertama berdepan pesakit dengan jangkitan respiratori akut teruk (SARI) dan penyakit seperti influenza (ILI) yang berkemungkinan adalah Covid-19.
“Kenapa begitu Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin?” soalnya di Twitter merujuk kepada dua menteri persekutuan.
Adeeba, profesor perubatan di Universiti Malaya sebelum itu mengongsikan poster kempen ekuiti vaksin bagi semua pekerja kesihatan.
Terdahulu hari ini, kerajaan mengeluarkan garis panduan menyenaraikan golongan yang mendapat keutamaan dalam fasa pertama program vaksinasi kebangsaan, meliputi barisan hadapan yang terbahagi kepada dua kategori.
Kategori pertama merangkumi pekerja penjagaan kesihatan di institusi am dan swasta, termasuk di jabatan kesihatan negeri, mereka yang merawat pesakit selain mereka yang berada di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis.
Sementara itu, kategori kedua pula melibatkan pengamal perubatan am, kontraktor kementerian kesihatan, doktor gigi di sektor swasta serta Ahli Parlimen dan Adun, antara lain.
Garis panduan itu dikeluarkan susulan dakwaan berlaku ‘potong barisan’ untuk mendapatkan vaksinasi.