3 daripada 4 kluster baharu Covid-19 berkaitan tempat kerja

3 daripada 4 kluster baharu Covid-19 berkaitan tempat kerja

Kluster baharu itu dikesan di Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Terdapat 467 kluster aktif dengan 62 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengenal pasti empat lagi kluster baharu Covid-19, dengan tiga daripadanya berkaitan tempat kerja dan satu lagi membabitkan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu.

  • Kluster Cyber 72 (Kulai) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan i-Park Tiga (Kulai) dengan 8 kes
  • Kluster Jalan Loke Yew (Cheras) dengan 11 kes
  • Kluster Bukit Bayas (Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Petaling) dengan 23 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,203 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 467 kluster aktif dan 62 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, sembilan kluster yang tamat hari ini adalah Jalan Perindustrian, Selasih Perindu, Keladi Saga, Sri Sengkang, Jalan Permata, Jalan Cyber Lima, Tinanom, Jalan Waja dan Persiaran Hulu, ini menjadikan 736 kluster sudah berakhir sehingga kini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Industri Sungai Gadut (51 kes), Industri Subang (36 kes) dan Kebun Baru (22 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.