
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Kuala Lumpur.

Sembilan kluster tersebut adalah:
- Kluster Jalan Western (Sepang dan Petaling) dengan 19 kes
- Kluster Jalan SC Satu (Hulu Langat) dengan enam kes
- Kluster Jalan Pinang Raja (Petaling dan Klang) dengan 25 kes
- Kluster Batu Enam Setengah (Seremban) dengan 47 kes
- Kluster Jalan Sulaiman (Kepong, Titiwangsa dan Lembah Pantai, Petaling dan Gombak) dengan 12 kes
- Kluster Fasa Dua Semarak (Tawau) dengan enam kes
- Kluster Ranggu (Tawau) dengan lapan
- Kluster Jalan Merak (Kulai) dengan tujuh kes
- Kluster Kota Kemajuan (Johor Bahru dan Kota Tinggi) dengan lima kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 1,359 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 369 kluster aktif dan 50 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, 13 kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Yahya, Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan Persiaran Cyber, Kluster Industri Cyber, Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Jalan Lima, Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Enam, dan Kluster Jalan Tebrau Dua).
Ia menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan tamat setakat ini adalah sebanyak 990.
“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Batu Enam Setengah (37 kes), dan Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (27 kes),”katanya.