
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Kedah, Sarawak,Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Labuan.
- Kluster Hevea Scruciana (Petaling dan Klang) dengan 55 kes
- Kluster Jalan Rasmi (Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Sepang dan Cheras) dengan 58 kes
- Kluster Jalan Kingsway (Miri) dengan 51 kes
- Kluster Bulatan Aman (Sibu) dengan 43 kes
- Kluster Jalan Jelawat (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Kerian) dengan 145 kes
- Kluster Delima Baiduri (Kuala Muda) dengan 10 kes
- Kluster Pulau Enoe (Labuan) dengan lapan kes
- Kluster Jalan Baji (Sarikei) dengan 20 kes
- Kluster Kampung Baru Pasir Putih (Kalabakan dan Tawau) dengan lapan kes
- Kluster Rimbayan (Keningau) dengan 15 kes
- Kluster Emas Bemban (Baling dan Sik) dengan enam kes
- Kluster Layar ( Kota Setar dan Kuala Muda) dengan 10 kes
- Kluster Lorong Mulia (Johor Bahru) dengan sembilan kes
Noor Hisham berkata, 1,372 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 370 kluster aktif dan 66 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 12 kluster yang tamat hari ini ialah Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Ulu Choh, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan PKNK 3/3, Kluster Parit Haji Khamis, Kluster Taman Mawar, Kluster Pulau Rusa, Kluster Ria Jaya, Kluster Perdana, Kluster Industri Mahkota, Kluster Jalan DPB Lima, dan Kluster Jalan Perubatan). Ia menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan tamat setakat ini adalah sebanyak 1002.
“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (196 kes), Kluster Jalan Jelawat (88 kes), dan Kluster Subang Dua (46 kes),” katanya.