4,498 kes Covid-19, 22 kematian

4,498 kes Covid-19, 22 kematian

Ini kali pertama jumlah jangkitan harian melepasi 4,000 kes sejak 4 Feb lalu.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 4,498 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian, manakala 3,449 pesakit sembuh.

Ini kali pertama jumlah jangkitan harian melepasi 4,000 kes sejak 4 Feb lalu.

Secara keseluruhan, Malaysia merekodkan 432,425 kes Covid-19 setakat ini, dengan 396,004 daripadanya sudah pulih dan 1,632 lagi meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif kini meningkat kepada 34,789 orang, dengan 211 daripada 372 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 1,424 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,165 kes (81.8%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Sarawak (750), Kuala Lumpur (436), Pulau Pinang (313), Johor (327), Kelantan (297), Kedah (209), Negeri Sembilan (188), Sabah (153), Perak (148), Terengganu (87), Pahang (78), Melaka (74), Putrajaya (lapan), Perlis (empat) dan Labuan (dua).

Daripada jumlah kes baharu itu, lima ialah kes import dan 4,493 kes penularan tempatan membabitkan 4,179 warganegara dan 314 warga asing.

Noor Hisham berkata, enam kematian dilaporkan di Sarawak, masing-masing tiga di Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan, dua di Johor dan Perak serta masing-masing satu kematian di Sabah, Kedah dan Perlis.

Katanya, 20 daripadanya membabitkan warganegara dan dua lagi warga asing berusia 37 hingga 87 tahun, dengan semua kecuali tiga orang mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan asma.

Tiga daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.