Lori terbabas, babi bergelimpangan di lebuh raya

Lori terbabas, babi bergelimpangan di lebuh raya

Pemandu lori yang mengalami luka ringan berjaya dikeluarkan orang ramai, sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kemalangan.

Keadaan lori yang membawa babi terbabas dan terbalik di KM413 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke arah selatan pagi tadi, dengan berpuluh ekor ternakan itu terlepas di bahu jalan. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Puluhan ekor babi bergelimpangan di bahu jalan, selepas sebuah lori yang membawa ternakan itu terlibat dalam kemalangan di KM413 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke arah selatan.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa, dalam kejadian 8.40 pagi tadi, lori lapan tan itu terbabas di bahu jalan mengakibatkan muatan babi terlepas di kawasan tepi lebuh raya berkenaan.

“Mangsa berumur 29 tahun telah dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi dan hanya mengalami luka ringan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pasukan bomba memastikan kawasan di sekitar lebuh raya itu selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian dan kes kemalangan itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.