
Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi catatan di Twitter.
“Janji temu untuk pusingan kedua inisiatif Pelawaan Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) kini telah ditutup.
“Kepada anda yang berjaya akan menerima butiran lanjut mengenai janji temu dalam masa terdekat,” katanya sambil berterima kasih kepada mereka yang bersama membantu negara mencapai imuniti kelompok.
Pendaftaran pusingan kedua untuk vaksin AstraZeneca dibuka kepada orang awam bawah umur 60 tahun di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor serta Kuching dan Miri di Sarawak.
Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata sebanyak 1,261,600 dos diperuntukkan untuk pusingan kedua inisiatif PPVAZ susulan penghantaran vaksin pada 21 Mei lalu dan satu lagi dijadualkan hujung bulan ini.
Pada pusingan pertama 2 Mei lalu, ia habis ditempah kurang empat jam selepas semua janji temu ditempah oleh individu berumur 18 tahun ke atas yang ditawarkan bagi penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.