Rekod tertinggi 23 kluster, 16 babit tempat kerja dan komuniti

Rekod tertinggi 23 kluster, 16 babit tempat kerja dan komuniti

Baki enam lagi kluster keagamaan dan satu berkaitan sektor pendidikan.

Terdapat 630 kluster aktif di seluruh negara ketika ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 23 kluster baharu Covid-19, dengan masing-masing lapan membabitkan tempat kerja dan komuniti.

Enam lagi kluster keagamaan dan baki satu berkaitan sektor pendidikan.

Rekod sebelum ini ialah 22 kluster yang dicatatkan 19 dan 26 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Kelantan, Melaka, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Kedah, Pahang, Terengganu dan Labuan.

  • Kluster Jalan Teknokrat Lima (Sepang) dengan sembilan kes
  • Kluster Persiaran Tiga Selayang (Gombak dan Hulu Selangor) dengan lapan kes
  • Kluster Bukit Permai Utama Tiga (Hulu Langat dan Sepang) dengan 21 kes
  • Kluster Industri Jalan Berlian (Pontian dan Kulai) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Istimewa Satu (Johor Bahru) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Jalan Lapan (Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Machang dan Pasir Mas) dengan 46 kes
  • Kluster Jalan Klinik Pasir Puteh (Pasir Puteh dan Bachok) dengan 15 kes
  • Kluster Industri Batu 16 Bemban (Jasin) dengan 34 kes
  • Kluster Patuma (Kota Kinabalu) dengan 11 kes
  • Kluster Taman Desa Harmoni (Kluang) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Bagan Ajam (Seberang Perai Utara) dengan 11 kes
  • Kluster Trolak Utara (Batang Padang dan Kinta) dengan 10 kes
  • Kluster Rengas Jaya (Kuala Kangsar dan Perak Tengah) dengan 29 kes
  • Kluster Taman Asean Dua (Melaka Tengah) dengan 24 kes
  • Kluster Site BC Sekinchan (Sabak Bernam) dengan 45 kes
  • Kluster Sungai Sian (Maradong) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Damai Tangkak (Tangkak) dengan 20 kes
  • Kluster Dah Kedawang (Langkawi) dengan 34 kes
  • Kluster Paya Terbakar (Seberang Perai Utara) dengan 22 kes
  • Kluster Kampung Baru Bentong (Bentong) dengan 27 kes
  • Kluster Kampung Matang (Hulu Terengganu) dengan 52 kes
  • Kluster Simpang Sungai (Labuan) dengan tujuh kes
  • Kluster Jalan Ng Song Teik (Kinta) dengan 13 kes.

Beliau berkata, sebanyak 2,146 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 630 daripadanya kluster aktif dan 1,516 lagi sudah tamat.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.