
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 14 daripada kluster berkenaan membabitkan tempat kerja, sembilan komuniti manakala masing-masing satu berkaitan kluster pendidikan tinggi dan kumpulan berisiko tinggi.
Ia membabitkan Selangor, Sarawak, Johor, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sarawak Terengganu, Kelantan, Perak, Sabah dan Kuala Lumpur.

Perincian 25 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.
- Kluster Jalan Alam Jaya (Hulu Langat) dengan 35 kes
- Kluster Jalan Perusahaan Dua Lima (Hulu Langat, Gombak, dan Petaling) dengan 29 kes
- Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri (Bintulu) dengan 49 kes
- Kluster Jalan Sierra Perdana Empat (Johor Bahru) dengan 7 kes
- Kluster Dah PKNK 3/8 (Kuala Muda) dengan 48 kes
- Kluster Perindustrian Trisegi (Lembah Panta) dengan 19 kes
- Kluster Jalan Mahsuri Kluang (Kluang) dengan 52 kes
- Kluster Tapak Bina Klebang (Melaka Tengah) dengan 124 kes
- Kluster Lintang Bayan Lepas Enam (Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah) dengan 25 kes
- Kluster Industri Bukit Minyak Tujuh (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dengan 15 kes
- Kluster Industri Indera Mahkota 14 (Kuantan) dengan 28 kes
- Kluster Muara Tabuan (Kuching, Samarahan, Serian, dan Asajaya) dengan 152 kes
- Kluster Industri Jalan Karak (Bentong) dengan 37 kes
- Kluster Jalan Sudirman (Temerloh) dengan 18 kes
- Kluster Jalan Pantai Permai (Lembah Pantai) dengan 22 kes
- Kluster Langgar Hilir (Hulu Terengganu dan Marang) dengan 32 kes
- Kluster Kampung Gelong Badak (Bachok dan Kota Bharu) dengan 18 kes)
- Kluster Tok Jawa (Bachok) dengan 10 kes
- Kluster Jalan Jambusan -Sunchar ( Bau dan Kuching) dengan 18 kes
- Kluster Dah Bagan (Padang Terap dan Pendang) dengan 41 kes
- Kluster Kampung Sungai Kerang ( Manjung dan Perak Tengah) dengan 21 kes
- Kluster Milenium (Tawau) dengan 34 kes
- Kluster Kampung Laneh (Kuala Kangsar dan Kinta) dengan 23 kes
- Kluster Dah Batu Dua (Kota Setar) dengan 19 kes
- Kluster Persiaran Titiwangsa (Titiwangsa dan Kepong) dengan 13 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 2,188 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 655 daripadanya kluster aktif dan 1,533 lagi sudah tamat.