24 kluster baharu, 17 babitkan tempat kerja

24 kluster baharu, 17 babitkan tempat kerja

Hisham berkata 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja, lima adalah kluster komuniti dan masing-masing satu berkait dengan sektor pendidikan dan kumpulan berisiko tinggi.

PETALING JAYA:
Kementerian kesihatan mengesan 24 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan, Hisham berkata, 17 daripadanya adalah kluster tempat kerja, lima adalah kluster komuniti dan masing-masing satu berkait dengan sektor pendidikan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster itu dikesan di Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

Perincian 24 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Jalan Kampung Yoh (Sebauh, Bintulu) dengan 58 kes
  • Kluster Industri Jalan Bunga Tanjung Tiga (Seremban) dengan 57 kes
  • Kluster Lorong Perusahaan Maju Enam (Seberang Perai Tengah, Timur Laut) dengan 40 kes
  • Kluster Lubok Nitik (Saratok, Betong) dengan 38 kes
  • Kluster Lebuh Raja Lumu (Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling) dengan 38 kes
  • Kluster Jalan Persiaran 67 (Kulai, Johor Bahru) dengan 33 kes
  • Kluster Kilometer Dua Belas (Kuala Selangor, Klang) dengan 31 kes
  • Kluster Jalan Molek Satu (Johor Bahru) dengan 23 kes
  • Kluster Industri Wakaf Tapai (Marang, Hulu Terengganu) dengan 20 kes
  • Kluster Ladang Bukit Ibam (Rompin) dengan 20 kes
  • Kluster Jalan Changkat Permata (Gombak) dengan 19 kes
  • Kluster Industri Mentakab (Temerloh) dengan 18 kes
  • Kluster Gambaron (Telupid, Sandakan) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Emas Satu Nilai (Seremban) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Johor (Batu Pahat) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Perak Industri (Johor Bahru) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Melaka (Titiwangsa, Cheras, Kepong) dengan 7 kes
  • Kluster Jalan Pahang Taiping (Larut, Matang, dan, Selama, Kinta, Hilir Perak) dengan 86 kes
  • Kluster Banting Sri Aman (Sri Aman) dengan 59 kes
  • Kluster Ijus Pengelayan ( Miri dan Marudi) dengan 55 kes
  • Kluster Kampung Blok 31 (Tawau) dengan 33 kes
  • Kluster Skim B Meradong (Meradong) dengan 28 kes
  • Kluster Jalan Jaya 2 (Cheras, Titiwangsa, Hulu Langat, Petaling) dengan 47 kes
  • Kluster Jalan Perkasa (Titiwangsa, Cheras) dengan 19 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 2,308 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 701 daripadanya kluster aktif dan 1,607 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.