24 kluster Covid-19,15 babit tempat kerja

24 kluster Covid-19,15 babit tempat kerja

Selebihnya lima berkaitan komuniti, tiga kumpulan berisiko tinggi serta satu keagamaan.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 24 kluster baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 15 kluster tempat kerja, lima berkaitan komuniti dan selebihnya membabitkan tiga kumpulan berisiko tinggi serta satu keagamaan.

Kluster dikesan di Selangor, Sabah, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak.

Perincian 24 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Segara (Kota Kinabalu) dengan 11 kes
  • Kluster Ocean Blue (Kota Kinabalu) dengan 99 kes
  • Kluster Coral (Kota Kinabalu) dengan sembilan kes
  • Kluster Kampung Bundu (Kuala Penyu) dengan 39 kes
  • Kluster Tanjung Aru Baru (Kota Kinabalu) dengan 30 kes
  • Kluster Jalan Satu Olak Dua (Kuala Langat) dengan enam kes
  • Kluster Jalan Enam C (Hulu Langat, Klang, Petaling dan Sepang) dengan 21 kes
  • Kluster Bukit Rahman Lapan (Gombak) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan Equine (Petaling, Hulu Langat dan Gombak) dengan 29 kes
  • Kluster Industri Tanjung Agas (Tangkak) dengan lapan kes
  • Kluster Teluk Kabung (Johor Bahru) dengan 47 kes
  • Kluster Jalan Logah Segamat (Segamat ) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Kesang (Tangkak) dengan 19 kes
  • Kluster Dah Mahang Merah (Kulim dan Kuala Muda) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan Alamanda Presint Satu (Putrajaya) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Seruling (Seberang Perai Selatan) dengan 23 kes
  • Kluster Jalan Cempedak 2 (Kepong) dengan 17 kes
  • Kluster Rantau Kenanga (Maran, Bera dan Hilir Perak) dengan 39 kes
  • Kluster Jalan Sri Jaafar (Bentong) dengan 32 kes
  • Kluster Tapak Bina Muda 2 (Titiwangsa) dengan 33 kes
  • Kluster Ulu Sebakong (Mukah) dengan 61 kes
  • Kluster Ulu Teru (Miri dan Beluru) dengan 46 kes
  • Kluster Jalan Melang (Kuala Pilah) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Kota Jelasin (Kota Bharu dan Tumpat) dengan 10 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 2,385 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 730 daripadanya kluster aktif dan 1,655 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.