
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 25 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan, beliau berkata 20 daripadanya membabitkan tempat kerja, empat kluster komuniti dan selebihnya ada kaitan dengan sektor pendidikan.
Kluster dikesan di Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.

Perincian 25 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.
- Kluster Industri Jalan Balakong Impian ( Hulu Langat ) dengan sembilan kes
- Kluster Industri Jalan Utarid U5 ( Petaling, Gombak, Kuala Selangor, dan Klang ) dengan 73 kes
- Kluster Industri Solok Waja Dua ( Klang ) dengan 32 kes
- Kluster Industri Batu Empat Sungai Pelek ( Sepang ) dengan 21 kes
- Kluster Industri Kilometer 15 ( Kuala Langat dan Klang ) dengan 35 kes
- Kluster Industri Jalan KB 15 ( Petaling dan Hulu Langat ) dengan 24 kes
- Kluster Jalan Ho Koon Suan ( Muar ) dengan 11 kes
- Kluster Jalan Masyhur Empat ( Johor Bahru ) dengan 20 kes
- Kluster Jalan Seri Alam ( Johor Bahru ) dengan sembilan kes
- Kluster Jalan Teluk Sengat ( Kota Tinggi ) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Perindustrian Enam ( Tangkak ) dengan 53 kes
- Kluster Jalan Pamol ( Kluang ) dengan 14 kes
- Kluster Dah Industri Desa ( Kuala Muda ) dengan 13 kes
- Kluster Dah Industri Hitam ( Kubang Pasu ) dengan 11 kes
- Kluster Dah Industri Bakar ( Kuala Muda, Baling, Sik, dan Yan ) dengan 33 kes
- Kluster Dah Segar Indah ( Langkawi ) dengan 20 kes
- Kluster Lorong Industri Tujuh ( Seberang Perai Selatan ) dengan 21 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan Gelugor ( Seberang Perai Utara ) dengan 28 kes
- Kluster Sawai Niah ( Subis dan Miri ) dengan 32 kes
- Kluster Pondok Batu Lapan ( Seremban ) dengan 58 kes
- Kluster Jalan Kidurong Empat ( Bintulu ) dengan 18 kes
- Kluster Tanjung Ketom ( Kuala Terengganu dan Marang ) dengan 43 kes
- Kluster Bari ( Kuala Pilah ) dengan 47 kes
- Kluster Bukit Godek ( Melaka Tengah ) dengan 30 kes
- Kluster Taman Midah ( Cheras ) dengan 12 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 2,557 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 795 daripadanya kluster aktif dan 1,762 lagi sudah tamat.