
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 19 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan, beliau berkata 11 daripadanya membabitkan tempat kerja, lima kluster komuniti, dua daripada kumpulan berisiko tinggi dan selebihnya ada kaitan dengan pusat tahanan.
Kluster dikesan di Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Perincian 19 kluster baharu dikenal pasti hari ini seperti berikut:
- Kluster Kampung Tok Kamis ( Pasir Puteh ) dengan 19 kes
- Kluster Kampung Pulau Panjang ( Kota Bharu ) dengan 14 kes
- Kluster Kampung Kubang Panjang ( Pasir Mas dan Kota Bharu ) dengan 36 kes
- Kluster Industri Meranti Dua ( Sepang ) dengan 39 kes
- Kluster Industri Solok Waja Satu ( Klang ) dengan 22 kes
- Kluster Tapak Bina Perindustrian Olak Lempit ( Kuala Langat ) dengan 36 kes
- Kluster Industri Lebuh Satu ( Klang, Kuala Selangor, dan Petaling ) dengan 18 kes
- Kluster Tapak Bina Persiaran Hamidiah ( Hulu Langat ) dengan 244 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan Seri Tanjung Pinang ( Timur Laut ) dengan 25 kes
- Kluster Kampung Nelayan Tengah ( Sandakan ) dengan 25 kes
- Kluster Jalan Bundusan ( Kota Kinabalu dan Penampang ) dengan sembilan kes
- Kluster Beladau Selat ( Kuala Terengganu ) dengan 24 kes
- Kluster Lorong Perlis Empat ( Miri dan Subis ) dengan 33 kes
- Kluster Iris Garden ( Kuching ) dengan 23 kes
- Kluster Indera Mahkota 16 ( Kuantan) dengan sembilan kes
- Kluster Lorong Empat Jerantut ( Jerantut ) dengan Sembilan kes
- Kluster Tembok Sungai Udang 2 ( Melaka Tengah ) dengan 81 kes
- Kluster Jalan Kemboja Tujuh ( Seremban ) dengan 27 kes
- Kluster Industri Lukut Tiga ( Port Dickson ) dengan 35 kesNoor Hisham berkata, sebanyak 2,623 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 834 daripadanya kluster aktif dan 1,789 lagi sudah tamat.
