Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan trend jangkitan yang tinggi dengan semua daerah melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.
Beliau berkata, purata kes harian di Selangor sahaja adalah antara 1,800 ke 1,900, manakala di Kuala Lumpur dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.
Dalam pada itu, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di Selangor dan Kuala Lumpur masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend menurun.
“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas, iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK),” katanya dalam kenyataan.
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di mukim berikut di Selangor:
Daerah Petaling
- Mukim Petaling
- Damansara
- Sg Buloh
- Bukit Raja
Daerah Hulu Langat
- Mukim Hulu Langat
- Ampang
- Cheras
- Kajang
- Semenyih
- Beranang
Daerah Sepang
- Mukim Dengkil
- Labu
- Sepang
Daerah Gombak
- Mukim Batu
- Rawang
- Setapak
- Hulu Kelang
- Kuang
Daerah Kuala Langat
- Mukim Tanjung 12 (1)
- Tanjung 12 (2)
- Teluk Panglima Garang
- Morib
- Bandar
- Jugra
- Batu
Daerah Klang
- Mukim Kapar
- Klang
Daerah Kuala Selangor
- Mukim Ijok
- Bestari Jaya
- Jeram
Daerah Hulu Selangor
- Mukim Serendah
- Rasa
- Ulu Yam
- Batang Kali
PKPD dilaksanakan di lokaliti Kuala Lumpur berikut:
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
- Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
- Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
- Kampung Padang Balang
- Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
- Flat Sri Sabah
- Kampung Puah
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
- Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
- Kampung Batu Muda
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
- Bandar Baru Sentul
- Taman Ikan Emas
Lokaliti di Perak, Melaka, Pahang, dan Sabah
Sementara itu, kerajaan turut mengumumkan kawalan diperketatkan di beberapa lokaliti di Perak, Melaka, Pahang, dan Sabah.
Ismail berkata PKPD di semua kawasan berkenaan akan bermula 3 Julai hingga 16 Julai.
Perak
- Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan asrama pekerja Latexx Village di Taiping, di mana 237 kes positif direkodkan selepas Kementerian Kesihatan melakukan 795 saringan.
- Asrama pekerja Kilang Latexx 3 di Jalan IKA, Industri Kamunting Aman, Kamunting, di mana 213 kes positif direkodkan selepas KKM melakukan 561 saringan.
Melaka
- Taman Mewah di Kelemak, Alor Gajah, di mana 55 kes positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Pahang
- Mukim Kuala Kuantan 1 di Kuantan, di mana 369 kes positif direkodkan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Sabah
- Kampung Mangga di Nasip Kita, Tawau, di mana sembilan kes direkodkan selepas 58 individu disaring
- Kampung Kijang di Balung, Tawau, di mana 15 individu disahkan positif daripada 17 yang menjalani saringan.
- Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu, di mana 17 disahkan positif daripada 27 yang menjalani saringan.
- Kampung Lingkodon di Kota Belud, di mana lapan individu disahkan positif daripada 28 yang menjalani saringan.
- Kampung Pintas Kubu di Beaufort, di mana sembilan disahkan positif daripada 26 yang menjalani saringan.
- Kampung Muhibbah di Putatan, di mana 12 individu disahkan positif daripada 17 yang menjalani saringan.
- Kampung Goshen di Kota Marudu, di mana 13 individu dikesan positif daripada 57 yang menjalani saringan.
Sementara itu, PKPD di sembilan Rumah Panjang Sungai Rassau di Batang Igan, Mukah, Sarawak dilanjutkan sehingga 16 Julai susulan peningkatan kes Covid-19.
PKPD turut dilanjutkan di asrama pekerja warga asing dan kawasan kilang Wah Cens Plastic Industries & Metal Sdn Bhd di Buloh Kasap, Segamat, Johor sehingga 16 Julai.
PKPD Taman Sri Purnama tamat
Sementara itu, PKPD di Taman Sri Purnama di Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan akan tamat bermula 11.59 malam esok.
Sepanjang pelaksanaan PKPD di situ, KKM melakukan 264 ujian saringan dan 27 daripadanya disahkan positif.
“KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” katanya.