Warganet kritik Annuar lawat Pak Lah, makan tengah hari bersama

Warganet kritik Annuar lawat Pak Lah, makan tengah hari bersama

Menteri Wilayah Persekutuan itu bersama isterinya menghabiskan dua jam di rumah bekas perdana menteri itu.

Warganet mengkritik Annuar Musa kerana didakwa melanggar SOP dengan melakukan kunjungan ke rumah Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur hari ini.
PETALING JAYA:
Warganet mengkritik Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa susulan catatan di media sosial berhubung kunjungannya ke rumah bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan makan tengah hari bersamanya hari ini.

SOP “lockdown” tidak membenarkan lawatan. Tambahan, Kuala Lumpur masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang juga tidak membenarkan aktiviti berkumpul dan melawat, kecuali untuk tujuan kecemasan.

Dalam catatan Twitternya yang sudah dipadamkan, Annuar berkata, beliau dan isterinya mengunjungi rumah Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, di Kuala Lumpur dan menghabiskan dua jam bersama.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, mereka malah menjamu selera dengan masakan isteri Pak Lah, Jeanne Abdullah.

Warganet mengkritik Annuar kerana didakwa melanggar SOP, dengan melakukan perkara yang rakyat dilarang lakukan.

Pengguna Twitter @ForABetterMy menulis: “Saya ingatkan kita tidak boleh melawat rumah-rumah? Saya tidak jumpa keluarga saya selama berbulan-bulan. Saya rasa kalau menteri boleh, kita pun boleh (melawat).”

Pengguna @khairzawawi berkata: “Letak jawatan sahaja.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.