
Keputusan itu diambil bagi membolehkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri mengkaji semula SOP baharu.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), kementerian juga akan menambah baik SOP berkenaan bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Oleh itu, ‘dine-in’ tidak dibenarkan sehingga SOP terkini dikeluarkan kementerian berkenaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan Sarawak sebagai negeri terbaharu beralih ke Fasa 2 PPN bermula esok.
Susulan pengumuman itu, jawatankuasa berkenaan mengeluarkan senarai aktiviti yang dibenarkan termasuk makan di premis dan maklumat itu dimuat naik menerusi akaun rasmi Facebook malam tadi.
Dalam perkembangan sama, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr David Perera menerusi laporannya kepada Pengerusi JPBN Sarawak, Douglas Uggah Embas memaklumkan hari ini, terdapat 16 lagi varian Delta (B.1 617.2) yang dikesan di Kuching.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan varian itu yang dikesan di Sarawak kini sebanyak 17.
Katanya, selain itu, terdapat satu lagi kes baru daripada varian Beta (B.1.351) yang turut dikesan di Kuching.