17 kluster baharu, 10 berkait tempat kerja

17 kluster baharu, 10 berkait tempat kerja

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 membabitkan tempat kerja, lima kluster komuniti, sementara masing-masing satu dalam kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

PETALING JAYA:
Sebanyak 17 kluster baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata 10 daripadanya membabitkan tempat kerja, lima lagi berkait kluster komuniti, sementara masing-masing satu dikesan dalam kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan Kluster berkenaan dikesan di Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Johor, Kelantan, dan Pahang.

Perincian 17 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Industri Desa Aman (Gombak dan Petaling) dengan 46 kes
  • Kluster Industri Jalan Klinik (Klang) dengan 67 kes
  • Kluster Persiaran Pekeliling Bangi (Hulu Langat) dengan 17 kes
  • Kluster Agathis (Kalabakan) dengan 33 kes
  • Kluster Sri Sandau (Kinabatangan) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Segambut Duta (Segambut) dengan 39 kes
  • Kluster Industri Jalan Usaha 12 (Melaka Tengah) dengan 22 kes
  • Kluster Dah Padang Temusu (Kuala Muda dan Pendang) dengan 36 kes
  • Kluster Batu Enam Pandan (Johor Bahru) dengan 12 kes
  • Kluster Lorong MIEL Lundang (Kota Bharu, Machang, dan Tumpat) dengan 6 kes
  • Kluster Jalan Bacang 30 (Johor Bahru) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Tasek Seri Alam (Johor Bahru) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Denai Utama (Johor Bahru) dengan 14 kes
  • Kluster Dah Kampung Kerchut (Kubang Pasu) dengan 25 kes
  • Kluster Pos Iskandar (Bera) dengan 36 kes
  • Kluster Tembok Tawau Dua (Tawau) dengan 159 kes
  • Kluster Batu Tiga Utara (Sandakan) dengan 20 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,250 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 905 daripadanya kluster aktif dan 2,345 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.