Hishammuddin ambil alih tugas jurucakap PKP esok

Hishammuddin ambil alih tugas jurucakap PKP esok

Ini kerana Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan Luar (Kluster Keselamatan).

Ismail Sabri Yaakob (kiri) berkata, Hishammuddin Hussein akan menggantikannya untuk memberi perkembangan terbaharu penguatkuasaan SOP dan perkara lain mulai esok.
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein akan mengambil alih tugas mengumumkan penguatkuasaan serta SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

“Seperti yang semua maklum, Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Kanan Luar (Kluster Keselamatan) apabila saya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai Menteri Kluster Keselamatan yang baharu, maka beliau akan mengambil alih tugas yang saya laksanakan sebelum ini berkenaan Covid-19,” katanya.

PKPD

Ismail berkata, beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dan Kelantan akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 10 Ogos.

Sabah – Kampung Kauran di Keningau, Kampung Mostyn Lama di Kunak, Perumahan Ladang Pontian Kuril di Kinabatangan, Taman Kinarut Ria di Papar, Kampung Tawadakan di Kota Belud serta Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih di Sipitang.

Kelantan – Kampung Telaga Tujoh di Labok, Machang.

Pahang – Sungai Klau dan Sungai Chalit di Mukim Gali di Raub, Tapak Bina IBN Highland di Genting Highlands dan Kampung Pagar Batu 6 Penjom di Lipis.

Dalam pada itu, katanya, PKPD di beberapa lokaliti di Johor dan Sabah akan dilanjutkan mulai Rabu ini hingga 10 Ogos.

Johor – Felda Maokil di Muar.

Sabah – Kampung Madsiang di Penampang serta kawasan sekitar Kampung Patikang Ulu di Keningau yang membabitkan Kampung Patikang Ulu, Kilang dan Kuarters Focus Lumber, Kilang dan Kuarters Veracity, Kilang dan Kuarters Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA dan penempatan warga Indonesia.

Ismail berkata, PKPD di beberapa lokaliti di Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan ditamatkan esok.

Pahang – Flat Taman Benus Jaya di Bentong dan Felda Lembah Klau di Mukim Gali, Raub.

Kelantan – Kampung Bukit Tanah di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh.

Sarawak – Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu di Lundu, Kuching.

Sabah – Taman Muhibbah Fasa 1, 2 dan 3 di Beaufort serta Apartment Beverly Hills Fasa 2 dan Kampung Kobusak di Penampang.

Dalam pada itu, Ismail berkata, 438 orang ditahan kerana mengingkari SOP, dengan 434 daripadanya dikompaun dan empat lagi direman.

Katanya, 31 premis membabitkan empat kilang dan 27 premis perniagaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Beliau berkata, lima pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan lima kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.