31 lokaliti di Sabah bawah PKPD mulai 30 Julai, kata Hishammuddin

31 lokaliti di Sabah bawah PKPD mulai 30 Julai, kata Hishammuddin

Hishammuddin Hussein memaklumkan enam kawasan di Kelantan dan dua di Pahang turut diarah PKPD.

PETALING JAYA:
Sebanyak 31 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 30 Julai ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD melibatkan enam kawasan di Kelantan dan dua di Pahang.

Pelaksanaan PKPD bermula 30 Julai hingga 12 Ogos adalah seperti berikut:

Sabah

  • 11 Lokaliti di Tuaran, iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.
  • Empat Lokaliti di Sandakan, iaitu Flat LPPB Sri Tama, Lorong 1 – 8, Taman Kenari, Taman Mawar, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Taman Murni.
  • Tiga Lokaliti di Penampang, iaitu Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2.
  • Tiga Lokaliti di Tawau, iaitu Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Blok 5 Kampung Titingan dan Taman Perwira Ranggu.
  • Dua Lokaliti di Kinabatangan, iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1.
  • Dua Lokaliti di Tenom, iaitu Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani.
  • Dua Lokaliti di Putatan iaitu Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat.
  • Kampung Talantang 1, Kota Marudu, Sabah
  • Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai), Penampang.
  • Kampung Ayer, Kudat.
  • Kampung Pengalat Besar, Papar.

Kelantan

  • Enam Kampung Orang Asli di Pos Brooke, Gua Musang, iaitu di Kampung Cekau, Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau.

Pahang

  • Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Raub.
  • Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Rompin.

Penamatan PKPD pada 30 Julai hingga 12 Ogos

Blok Angsana & Blok Sumboi-sumboi, Kg Seberang Benoni, Papar, Sabah

Penamatan PKPD pada 28 dan 29 Julai

  • Kampung Lubak, Beaufort, Sabah (28 Julai)
  • Blok 2, Blok 6 & Blok 9, PPR Taman Mesra, Sandakan, Sabah
  • Kampung Melamam, Sipitang, Sabah
  • Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, 355 orang ditahan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) dengan 330 daripadanya dikompaun dan 25 lagi direman.

Katanya, 52 premis antara lain membabitkan 10 kilang dan 39 premis perniagaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Beliau berkata, 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan 25 kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.