
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata, lima lokaliti yang dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD bermula 4 Ogos hingga 17 Ogos adalah seperti berikut:
Sabah
- Dua lokaliti di Beaufort, membabitkan Kampung Selagon dan Kampung Binsulok
Kelantan
- Kampung Belian, Mukim Sungai Pinang, Tumpat,
- Kampung Tok Sadang, Mukim Badang, Kota Bharu,
Sarawak
- Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah,
Lanjutan PKPD bermula 1 Ogos hingga 16 dan 17 Ogos
- 10 lokaliti di Mukim Kuala Dungun, Terengganu dilanjutkan sehingga 16 Ogos membabitkan, Sungai Buaya,Tanah Lot,Lembah,Padang Jambu,Nibong,Bukit Chatak,Kampung Molek,Bijangga,Sungai Udang dan Sungai Penaga
- Sementara PKPD di Bandar Cheneh Baru. FELDA Neram 2, Mukim Bandi, Kemaman, Terengganu, Kampung Bedu, Kampung Temalian, Kampung Pamah Kulat, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang dan Kampung Pituru Kinarut, Papar, Sabah dilanjut sehingga 17 Ogos
Penamatan PKPD pada 3 Ogos
- Dua lokaliti di Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang, babitkan Kampung Kabang dan Kampung Sat
- Penjara Sungai Udang (kecuali Kuarters Penjara), Melaka Tengah, Melaka
- Dua lokaliti di Penampang, Sabah, melibatkan Beverly Hills Fasa 1 dan Cybercity Fasa 2
- Kampung Marau, Kampung Kebawang, Sipitang, Kampung Meruntum, Putatan, Jalan
- Kampung Likas Simpang 3,Api-api Centre,Taman Ujana Kingfisher, Likas dan Kampung
- Salut, Telipok di Kota Kinabalu, di Sabah
- Kampung Gong Jering, Mukim Bukit Jawa,Pasir Puteh, Kelantan
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, seramai 348 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 27 direman semalam.
Sementara itu Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dalam tempoh sama dengan kekuatan 18,675 anggota turut melaksanakan 74,527 pemeriksaan dan “snap check” Covid-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara.