
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein, dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 6 hingga 19 Ogos adalah seperti berikut:
Sabah
- Dua lokaliti di Daerah Kunak, iaitu di Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri
- Kampung Kuala Mengalong, Sipitang, Sabah
- Dua lokaliti di Kota Kinabalu, iaitu di Kampung Tanjung Aru Lama dan Universiti Apartment 1
Perak
- Kg Menteri Kuala Sepetang, Mukim Matang, Daerah Larut Matang Selama
- Kilang Comfort Rubber Glove, Simpang, di Daerah Larut Matang Selama
- Kilang Comfort Rubber Glove, Matang, Selama
- Asrama Kilang Comfort Rubber Glove, Hujung Matang, Selama
- Kampung Belum Baru, Hulu Perak
Johor
- Taman Puteri, Kluang
Kelantan
- Taman Sri Kebakat, Tumpat
Selangor
- Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara
Penamatan PKPD pada 5 Ogos
Sabah
- Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu
- Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan
- Taman Merpati, Sandakan
Perak
- Bandar Pulai Jaya, Mukim Sungai Raia, Kinta
Pahang
- FELDA Jengka 12, Jerantut
Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 248 kompaun dikeluarkan atas kesalahan ingkar SOP, manakala 25 individu lagi direman.
Katanya, 41 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Menurutnya, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.