34 kluster baharu Covid-19, 19 babit tempat kerja

34 kluster baharu Covid-19, 19 babit tempat kerja

Kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Sarawak, Terengganu dan Kedah.

Terdapat 1,191 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 34 kluster baharu Covid-19, dengan 19 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 lagi kluster komuniti dan tiga berkaitan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Sarawak, Terengganu dan Kedah.

Perincian 34 kluster baharu seperti berikut:

  • Kluster Industri Batu Sebelas Cheras (Hulu Langat) dengan 91 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Kajang East (Hulu Langat) dengan 21 kes.
  • Kluster Jalan Dua Sungai Lang (Sabak Bernam) dengan 19 kes.
  • Kluster Jalan Pekeliling Sepang (Sepang dan Petaling) dengan 15 kes.
  • Kluster Industri Jalan Kamunting (Hulu Selangor) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Bestari Tujuh (Johor Bharu dan Kota Tinggi) dengan 122 kes.
  • Kluster Perindustrian Firma Dua (Johor Bahru) dengan 31 kes.
  • Kluster Perindustrian Tahana (Johor Bahru) dengan 24 kes.
  • Kluster Industri Keluli Lapan (Johor Bahru) dengan 18 kes.
  • Kluster Perindustrian Jalan Kelapa Sawit Kulai (Kulai) dengan 16 kes.
  • Kluster Kampung Cabang Tiga Kedai Buloh (Kota Bharu dan Tumpat) dengan 11 kes.
  • Kluster Seksyen Satu Bandar Pasir Mas(Pasir Mas dan Kota Bharu) dengan 8 kes.
  • Kluster Jalan Jelawai Satu (Muallim) dengan 9 kes.
  • Kluster Jalan Jelutong Malim (Muallim) dengan 7 kes.
  • Kluster Tapak Bina Lebuhraya Kampung Jawa (Barat Daya) dengan 41 kes.
  • Kluster Jalan Bukit Tengah (Seberang Perai Tengah) dengan 23 kes.
  • Kluster Tapak Bina Puteh Lama 2 (Lembah Pantai) dengan 53 kes.
  • Kluster Jalan Tengku Ismail Temerloh (Termeloh) dengan 31 kes.
  • Kluster Industri Jalan PK 32 (Melaka Tengah) dengan 27 kes.
  • Kluster Kampung Takel Luar Labok (Machang) dengan 28 kes.
  • Kluster Kampung Tanjung Stan (Kota Bahru) dengan 14 kes.
  • Kluster Kampung Slow Mengkuang (Kuala Krai dan Kota Bharu) dengan 12 kes.
  • Kluster Kampung Kubang Kiat (Kota Bahru) dengan 11 kes.
  • Kluster Kampung Seratau (Kuching) dengan 392 kes.
  • Kluster Kampung Jawa Kuching (Kuching) dengan 53 kes.
  • Kluster Kampung Perlok Baru (Batang Padang) dengan 51 kes.
  • Kluster Rumah Awam Tiga (Muallim) dengan 18 kes.
  • Kluster Banggol Tok Jiring (Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman) dengan 134 kes.
  • Kluster Batu 23 (Sabak Bernam dan Petaling) dengan 19 kes.
  • Kluster Sungai Panching Selatan (Kuantan) dengan 73 kes.
  • Kluster Dah Kampung Siputeh (Kubang Pasu) dengan 28 kes.
  • Kluster Lorong Jelutong (Klang) dengan 21 kes.
  • Kluster Batu Tujuh Setengah (Gombak) dengan 11 kes.
  • Kluster Jalan Dusun Empat (Kota Bharu) dengan 8 kes.

Hisham berkata, sebanyak 3,863 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,191 daripadanya kluster aktif dan 2,672 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.