18 daripada 39 kluster baharu babit tempat kerja

18 daripada 39 kluster baharu babit tempat kerja

Kluster itu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Sarawak, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulai Pinang dan Kelantan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 39 kluster baharu Covid-19, dengan 18 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 15 lagi kluster komuniti, masing-masing dua membabitkan pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu berkaitan keagamaan dan pendidikan.

Katanya, kluster itu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Sarawak, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan.

Perincian 39 kluster baharu seperti berikut:

  • Kluster Tapak Bina Jalan Aman Serenia (Petaling dan Sepang) dengan 36 kes.
  • Kluster Jalan Kelicap 42B (Klang) dengan 29 kes.
  • Kluster Industri Lorong Tandang (Petaling) dengan 26 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Teknokrat (Sepang) dengan 16 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Kuchai Maju (Lembah Pantai) dengan 118 kes.
  • Kluster Jalan Rusa 2 (Cheras) dengan 28 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant 2 (Titiwangsa) dengan 15 kes.
  • Kluster Bukit Bakri Muar (Muar) dengan 33 kes.
  • Kluster Industri Keluli 11 (Johor Bahru) dengan 27 kes.
  • Kluster Industri MIEL Gebeng (Kuantan) dengan 33 kes.
  • Kluster Industri Gebeng 2/1 (Kuantan) dengan 24 kes.
  • Kluster Jalan Ding Lik Kwong Dua (Sibu) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Buan (Tatau) dengan 12 kes.
  • Kluster Bukit Tengah 2 (Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu) dengan 126 kes.
  • Kluster Dah Dua Industri Sungai Petani (Kuala Muda) dengan 33 kes.
  • Kluster Persiaran S2 (Seremban) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Pasar Bukit Mertajam 2 (Seberang Perai Tengah dan Selatan) dengan 12 kes.
  • Kluster Seksyen 20 Jalan Darul Naim (Kota Bharu dan Pasir Mas) dengan 7 kes.
  • Kluster Kampung Pasir Kota (Kota Bharu) dengan 20 kes.
  • Kluster Kampung Gok Kapor (Kota Bharu) dengan 19 kes.
  • Kluster Kampung Chenderong Batu Timur (Tumpat) dengan 18 kes.
  • Kluster Kampung Tok Pah (Kota Bharu) dengan 13 kes.
  • Kluster Jalan Kuala Besar (Kota Bharu) dengan 10 kes.
  • Kluster Ketapang Hilir Pekan (Pekan) dengan 38 kes.
  • Kluster Rantau Seroja (Maran) dengan 34 kes.
  • Kluster Kampung Tersusun (Lipis) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Feri Lama (Rompin) dengan 14 kes.
  • Kluster Gajah Mati Jerantut (Jerantut) dengan 13 kes.
  • Kluster Taman Malihah (Kuching) dengan 40 kes.
  • Kluster Kampung Pulo Ulu (Kuching) dengan 23 kes.
  • Kluster Pengadang Baru (Kuala Terengganu) dengan 87 kes.
  • Kluster Desa Enam Belas (Sabak Bernam) dengan 16 kes.
  • Kluster Dah Kampung Sawa (Pendang) denhan 40 kes.
  • Kluster Pagar Bagan Serai (Kerian) dengan 50 kes.
  • Kluster Tembok Penor (Kuantan) dengan 30 kes.
  • Kluster Jalan Stutong Baru (Kuching) dengan 22 kes.
  • Kluster Persiaran Lemak (Cheras) dengan 14 kes.
  • Kluster Dah Kampung Derang (Kota Setar) dengan 38 kes.
  • Kluster Jalan Kampung Demit (Kota Bharu) dengan 13 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,938 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,213 daripadanya kluster aktif dan 2,725 kluster sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.