
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 29 kluster baharu Covid-19, dengan 17 daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan lagi membabitkan komuniti, tiga ialah kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu berkaitan keagamaan.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Jalan Parit Bilal (Batu Pahat) dengan 18 kes.
- Kluster Tapak Bina Indahpura Empat (Kulai) dengan 28 kes.
- Kluster Perindustrian Alam Jaya Pontian (Pontian dan Johor Bahru) dengan 39 kes.
- Kluster Jalan Riang 21 (Johor Bahru) dengan 18 kes.
- Kluster Industri Seksyen 44 (Kota Bharu dan Bachok) dengan 12 kes.
- Kluster Kampung Tebing Tinggi (Tanah Merah) dengan 21 kes.
- Kluster Industri Jalan Chin Teck (Gua Musang) dengan 7 kes.
- Kluster Industri Jalan 9/44 Padang Tembak (Kota Bharu) dengan 13 kes.
- Kluster Jalan Masjid Tanah 2 (Alor Gajah dan Melaka Tengah) dengan 34 kes.
- Kluster Industri Gebeng 2/5 (Kuantan) dengan 15 kes.
- Kluster Industri Semambu Tujuh (Kuantan) dengan 31 kes.
- Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia 2 (Kuala Langat) dengan 39 kes.
- Kluster Industri Jalan Kemajuan Bangi (Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang) dengan 129 kes.
- Kluster Jalan Lembah Selatan Dua (Sepang dan Hulu Langat) dengan 42 kes.
- Kluster Tapak Bina Jalan Pasai (Lembah Pantai) dengan 50 kes.
- Kluster Tapak Bina Bukit OUG (Lembah Pantai dan Cheras) dengan 113 kes.
- Kluster Jalan Kuchai Lama (Lembah Pantai) dengan 94 kes.
- Kluster Sessang (Kabong) dengan 42 kes.
- Kluster Kampung Kedai Tanjong (Pasir Mas) dengan 5 kes.
- Kluster Kampung Sungai Budur (Kota Bharu) dengan 13 kes.
- Kluster Timbua (Ranau) dengan 48 kes.
- Kluster Lorong Cahaya Damai (Kuching) dengan 54 kes.
- Kluster Kampung Pandan (Kuching) dengan 10 kes.
- Kluster Kampung Paya Mebi (Kuching) dengan 27 kes.
- Kluster Tali Air Enam (Sabak Bernam) dengan 13 kes.
- Kluster Sungai Sekamat (Hulu Langat dan Petaling) dengan 58 kes.
- Kluster Jalan Datuk Haji Eusoff (Titiwangsa dan Lembah Pantai) dengan 6 kes.
- Kluster Jalan Maju Dua (Hulu Langat) dengan 26 kes.
- Kluster Jengka 25 (Temerloh) dengan 24 kes.
Hisham berkata, sebanyak 4,003 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,238 daripadanya kluster aktif dan 2,765 lagi sudah tamat.